feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Ujian PTK Sesi Oktober 2010

1 Permohonan Menduduki Peperiksaan
1.1 Permohonan menduduki PTK sesi Oktober 2010 akan dibuka mulai 22 Julai 2010
hingga 5 Ogos 2010.
1.2 Calon yang layak dan boleh memohon PTK sesi Oktober 2010 adalah seperti yang
berikut:
(a) Calon baharu (kali pertama menduduki TK berkenaan)
(b) Calon Aras I atau Aras II
(c) Calon Aras III di bawah kaedah lama dan kali pertama menduduki PTK kaedah
baharu
(d) Calon Aras III yang telah menduduki PTK kaedah baharu sama ada pada sesi
Ogos 2009 atau Tempoh Peralihan 1/2009 (Oktober) atau Tempoh Peralihan
2/2009 (Disember) atau sesi Jun 2010


Jadual Peperiksaan

16 Okt. 2010
Sabtu
9:00 – 10:00 pagi
Generik :DG41, DGA29, DG17, N22, W22,C22, J22, N17, W17, C17 dan J17


11:00 – 12:00 tengah hari
Fungsional :DG41, DGA29, DG17, N22, W22,C22, J22, N17, W17, C17 dan J17

2:00 – 3:00 petang
Generik:DG44 dan DGA32

4:00 – 5:00 petang
Fungsional:DG44 dan DGA32
Jadual 8


Sukatan Peperiksaan
6.1 Senarai sukatan peperiksaan PTK sesi Oktober 2010 adalah seperti yang disenaraikan
pada Lampiran 1.
6.2 Sukatan Peperiksaan PTK ini boleh diperoleh dari laman Web BPPK, KPM di alamat
http://apps.emoe.gov.my/bppk dan laman Web MPM di alamat www.mpm.edu.my.
7 Format Peperiksaan
7.1 Peperiksaan PTK menawarkan kertas peperiksaan mengikut gred jawatan dan tahap
kecekapan (rujuk Lampiran 1).
7.2 Semua kertas peperiksaan terdiri daripada jenis aneka pilihan. Empat puluh soalan
aneka pilihan akan diberikan bagi setiap kertas. Setiap kertas diperuntukkan masa
selama satu jam.
7.3 Calon dikehendaki menduduki dua komponen, iaitu Komponen Generik dan
Komponen Fungsional (pilih kertas yang berkenaan).

9 Pertukaran Pusat Peperiksaan
9.1 Permohonan untuk menukar pusat peperiksaan hanya boleh dibuat atas alasan urusan
rasmi, contohnya jika calon diarahkan bertukar tempat bertugas. Calon hendaklah
memohon secara bertulis dengan menyertakan bukti berserta dokumen sokongan
(contohnya surat arahan bertukar tempat bertugas) tidak lewat daripada tarikh yang
dinyatakan di bawah dan dialamatkan kepada:
Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM, Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES
Selangor Darul Ehsan
(u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian PTK-SSM)
Tarikh tutup permohonan pertukaran pusat peperiksaan sesi Oktober adalah pada
4 Oktober 2010.
9.2 Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
* JPN

Untuk keterangan lanjut, sila baca buku panduan PTK sesi Oktober 2010...
atau layari laman sesawang: http://www.mpm.edu.my/main.php?Content=sections&SubSectionID=79&SectionID=39




0 comments:

Post a Comment